• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Ambil Alih Pemilihan Semula UMNO Bahagian Johor Bahru

oleh Mohd Arshad
01/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Johor Ambil Alih Pemilihan Semula UMNO Bahagian Johor Bahru
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : UMNO Johor akan mengambil alih pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Setiausaha UMNO Johor yang baharu dilantik, Datuk Abdul Halim Suleiman, diberi tanggungjawab mengendalikan pemilihan bahagian terbabit.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata, UMNO Johor sememangnya mahu pemilihan semula UMNO Bahagian Johor Bahru, dilakukan segera.

“Namun kita akur ketika ini adalah bulan Ramadan, yang mungkin menjejaskan kehadiran perwakilan.

“Kita mahu jika boleh semua perwakilan hadir pada mesyuarat bahagian dan pemilihan itu nanti supaya tidak berlaku ‘rumah siap, pahat berbunyi’.

“Pemilihan semula ini bukan seperti bahagian lain yang hanya membabitkan ketua bahagian sahaja, kerana UMNO Bahagian Johor Bahru ini membabitkan juga pemilihan keseluruhan jawatankuasa bahagian.

“UMNO Johor juga tidak mahu pemilihan semula ini diadakan secara tergesa-gesa. Oleh itu, perbincangan rapi perlu dilakukan kerana kita tidak mahu hanya segelintir ahli yang datang pada pemilihan semula nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Johor, di Bangunan Perhubungan UMNO, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pada 18 Mac lalu, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru ditangguh dan digantung selepas berlaku dakwaan bahawa kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir.

Keputusan itu dibuat Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru, Azmi Samin selepas dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Bahagian Johor Bahru, Sonawan Mad Som.

Jawatan Ketua Bahagian itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar.

-Berita Harian

Tags: UMNOUMNO Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd