• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taylor Swift Masuk Senarai World’s 100 Most Powerful Women

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Baru berusia 25 tahun, namun penyanyi antarabangsa, Taylor Swift sekali lagi membuktikan kemampuannya di mata dunia.

Baru membawa pulang lapan trofi di Billboard Music Awards 2015 pada 17 Mei lalu, Swift sekali lagi menerima anugerah berprestij; kali ini dari majalah Forbes.

Siapa sangka, pemilik nama Taylor Alison Swift itu berjaya tersenarai sebagai ‘100 wanita paling berpengaruh dunia’ untuk tahun 2015!

Menduduki tangga ke-64 dalam senarai tersebut, Swift merupakan individu termuda dalam carta tersebut untuk tahun ini.

Taylor Swift Tersungkur Masa Shooting MV Bad Blood

taylor-swift-the-giver-premiere-2014-billboard-650x430

Memetik kenyataan dari majalah Forbes, Swift berjaya masuk ke dalam senarai untuk tahun ini kerana banyak faktor, antaranya memecahkan rekod jualan album muzik dan berjaya membuktikan dirinya seorang ahli perniagaan hebat.

Bukan itu sahaja, dia turut membuktikan dirinya seorang penghibur berpengaruh apabila memiliki jumlah pengikut di laman Twitter sebanyak 58 juta.

Menurut laporan, album terbaru Swift yang berjudul ‘1989’, berjaya menjadi album ketiga berturut-turut yang mencecah jualan satu juta unit pada minggu pertama di pasaran.

Selain itu, Swift turut diangkat dalam senarai tersebut kerana mempamerkan sisi berlainan apabila dia menggunakan pendekatan untuk rapat bersama peminatnya di laman sosial.

Angela-Merkel-5-things-to-know-ftr

Semalam, Forbes telah mengeluarkan senarai terbarunya untuk tahun ke 12 bagi 100 wanita paling berpengaruh yang mana Canselor Jerman, Angela Merkel menduduki senarai teratas untuk tahun kelima berturut-turut.

Hillary Clinton dan pengasas Bill & Melinda Gates Foundation, Melind Gates berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga dalam carta itu.

Nama-nama terkenal lain seperti Oprah Winfrey, Michelle Obama, Queen Elizebeth II dan Bbeyonce Knowles turut berjaya masuk dalam senarai sama.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Video Muzik Terbaru Taylor Swift – Bad Blood

Tags: beyonceMichelle ObamaselebritiTaylor Swift
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd