• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Kucing Dalam Kondominium: Suspek Dikatakan Pencinta Haiwan

oleh Mohd Arshad
25/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bangkai Kucing Dalam Kondominium: Suspek Dikatakan Pencinta Haiwan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Halijah Ahmad, 63, yang tinggal di tingkat sama dengan suspek berkata, lelaki berusia 31 tahun itu adalah seorang pembersih, pandai menjaga rumah dan turut membela kucing.

“Cuma dalam sebulan dua ini, saya nampak badan dia tiba-tiba susut dan sangat kurus serta macam tidak terurus.

“Sebelum ini saya ada bercakap dengannya dan bertanya kenapa nampak kurus… dia kata dia sakit dan perlu ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Halijah berkata, kira-kira dua minggu selepas itu, dia terhidu bau busuk namun menyangka ia hanyalah bau kulit udang yang tidak dibuang daripada sebuah unit yang dijadikan inap desa di tingkat atas rumahnya.

“Justeru, saya laporkan kepada pihak pengurusan dan apabila disiasat di tingkat atas, bau itu tiada… sebenarnya bau itu datang dari bangkai kucing yang terdapat di depan rumah suspek yang diletakkan di dalam sebuah kotak putih,” katanya.

Halijah berkata, pihak pengurusan dan pemilik rumah terbabit kemudian membuat laporan polis.

Seorang lagi saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Din berkata, memang terdapat banyak kucing liar di kawasan kondominium itu namun bilangannya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.

“Kalau diikutkan kondominium di sini memang tidak benarkan penghuninya membela haiwan peliharaan tetapi berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai penghuni yang mengingkari arahan itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin pula berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lalu serta telahpun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Semalam, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman sosial Facebook mendedahkan penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam rumah yang disewa oleh suspek.

MAA turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung penemuan itu.

Presiden MAA Arie Dwi Andika berkata setakat pengetahuan beliau, kes itu adalah yang pertama membabitkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti banyak di negara ini.

-Harian Metro

Tags: Bangkai Kucing Dalam Kondominium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd