• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program ‘Jom Ziarah’ Salah Di Sisi Undang-Undang – MAIS

oleh AK-47
17/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Program ‘Jom Ziarah’ Salah Di Sisi Undang-Undang – MAIS
Share on FacebookShare on Twitter

Program yang dibuat untuk memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam dilarang di Selangor dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program “Projek Artikel 11 Jom Ziarah” anjuran Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurutnya, program itu menjemput para belia di Malaysia yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai agama berlainan termasuk acara di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang esok.

Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS
“Daripada penelitian kepada iklan dan risalah yang diedarkan ini, MAIS berpandangan program ini mempunyai unsur-unsur bagi menarik minat belia khususnya belia Islam untuk mempelajari atau menimba ilmu berkaitan dengan agama selain Islam.

“Jika program begini dibenarkan untuk dianjurkan, ia boleh mempengaruhi pemikiran para belia Islam secara halus dan tanpa disedari untuk cenderung atau tertarik dengan agama selain Islam yang sedang dianuti oleh mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata MAIS berpendirian bahawa kesefahaman, toleransi dan perpaduan masyarakat sangat penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan Malaysia.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan program mempelajari agama lain selain Islam di gereja atau rumah ibadat agama lain memerlukan kawalan dan sekatan tertentu untuk memastikan tiada elemen memujuk orang Islam terpengaruh dan minat dengan agama lain selain Islam, selain tiada penglibatan orang Islam dalam ritual agama lain.

Katanya, pihaknya turut mengambil maklum kenyataan terbaharu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Parlimen bahawa program yang asalnya terbuka kepada semua orang kini ditukar dan dihadkan kepada para belia bukan Islam sahaja.

“Namun semakan MAIS setakat ini mendapati bahawa risalah dan iklan yang diedarkan di media sosial dan elektronik masih tidak dipinda bagi menunjukkan program ini dikhaskan hanya untuk orang bukan Islam.

“MAIS menasihatkan mana-mana penganjur sama ada daripada sektor awam, badan bukan kerajaan (NGO) atau badan lain yang berhasrat mengadakan aktiviti dan program atas dasar perpaduan dan keharmonian perlu lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat di negara kita,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: MAISProgram ‘Jom Ziarah’
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

MAIS Usaha Kesan Ibu Bapa, Tak Terima Laporan Kes Jenazah Bayi ‘Ditahan’ 16 Hari Di Hospital

13/12/2024
0

SHAH ALAM : Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa...

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

Selain GISBH, Lebih 40 Kumpulan Ajaran Sesat Di Selangor Dalam Penguatkuasaan, Pemantauan – Pengerusi MAIS

19/10/2024
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendedahkan terdapat lebih 40 kumpulan ajaran sesat di negeri ini sedang dalam pemerhatian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd