• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Basikal: Hisyam Teh Wakili Sam Dalam Rayuan Ketepi Sabitan

oleh AK-47
17/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tragedi Basikal: Hisyam Teh Wakili Sam Dalam Rayuan Ketepi Sabitan
Share on FacebookShare on Twitter

Peguam Hisyam Teh Poh Teik kini mengetuai pasukan pembelaan Sam Ke Ting dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang mengorbankan lapan remaja berbasikal di Johor pada 2017.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hisyam mengesahkan perkara itu kepada media berhubung rayuan anak guamnya yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 31 Mac ini.

Dia berkata akan mengetuai pembelaan bersama-sama peguam Harvinderjit Singh.

Peguam veteran itu pada masa ini turut mewakili Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi, serta kes rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN), di mana dia telah dibebaskan.

Dia juga pernah mewakili bekas perdana menteri Najib Razak untuk rayuan kes rasuah SRC International di Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Pengurusan kes bagi rayuan Sam diadakan pagi ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhisyam Mohd Jaafar pula mewakili pihak pendakwaan.

Pada 18 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman terhadap Sam, 27, sementara menunggu rayuannya.

Mahkamah juga mengekalkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadapnya.

Sebelum itu, pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengetepikan keputusan membebaskannya daripada pertuduhan itu. Mahkamah turut menolak permohonan penangguhan hukuman terhadapnya.

Sam yang berusia 22 tahun ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, Johor.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

-Malaysia Kini

Tags: Hisyam Teh Poh TeikSam Ke TingTragedi Basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Peguam Hisyam Teh Poh Teik Akan Ketuai Pembelaan Siti Bainun

Mahkamah: Peguam Hisyam Teh Poh Teik Akan Ketuai Pembelaan Siti Bainun

08/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka, Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti...

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

Basikal Lajak: Ke Ting Lepas, Bebas Pertuduhan

11/04/2023
0

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam Ke Ting daripada sabitan dan hukuman dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd