• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Baik Pesawat FA-50 Jadi Justifikasi Pembelian – Mohamad Hasan

oleh Mohd Arshad
16/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rekod Baik Pesawat FA-50 Jadi Justifikasi Pembelian – Mohamad Hasan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan dibuat berdasarkan penilaian Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), terhadap rekod perkhidmatan baik pesawat itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pesawat itu juga digunakan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Pertimbangan kita untuk memperolehi aset FA-50 ini berasaskan kepada rekod perkhidmatan. Kita tak mahu membeli sesuatu yang tiada rekod.

“Kita tak mahu anggota tentera kita menjadi sebagai makmal percubaan. Kita guna aset yang ternyata mempunyai kemampuan dan rekod servis yang baik,” katanya menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang), yang ingin tahu justifikasi kerajaan berhubung pembelian pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan.

Perjanjian pembelian pesawat tempur bernilai RM4.08 bilion itu dibuat bersama pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan iaitu Korea Aerospace Industries Co (KAI) Februari lepas, dengan proses penghantaran pesawat berkenaan dijangka bermula pada 2026.

Terdahulu, menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkenaan kebolehoperasian radar TUDM di sepanjang kawasan Laut China Selatan, Mohamad berkata keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan TUDM di Labuan, akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh.

“Kita akan menggantikannya dengan sistem radar baharu yang boleh beroperasi 100 peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya.

HarianMetro-

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanPesawat FA-50TUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd