• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah, Penulis Skrip Mentega Terbang Terima Ugutan Bunuh, Kereta Disimbah Cat

oleh Mohd Arshad
16/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengarah, Penulis Skrip Mentega Terbang Terima Ugutan Bunuh, Kereta Disimbah Cat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kenderaan milik pengarah dan penulis skrip filem kontroversi Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani dan Arjun Thanaraju dilaporkan disimbah cat dan asid hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beberapa keping gambar berkaitan kejadian itu tersebar di media sosial hari ini menunjukkan keadaan kenderaan milik kedua-dua individu terbabit yang disimbah cat serta asid.

Turut tular gambar lima keping nota ugutan bunuh yang bertulis ‘Lu dengan family mesti mati’ dan nota amaran ‘Mentega Terbang jangan cabar agama Islam’ serta ‘Ingat Family Mentega Terbang’ menurut perkongsian gambar di Twitter wartawan SCMP, Amer Hadi Azmi,

Turut kelihatan dalam ciapan itu kereta Proton Saga berwarna merah dan Toyota Vios berwarna putih dengan kesan simbahan asid dan cat.

Peguam mewakili mereka, Zaid Malek berkata kejadian itu disedari pada awal pagi tadi dan di kediaman masing-masing.

“Kereta Khairi disimbah cat, manakala kereta Arjun disimbah cat serta sejenis bahan menghakis.

“Pada kedua-dua kereta itu, mereka menjumpai beberapa nota yang mengatakan filem Mentega Terbang menghina Islam,” kata kepada BH, hari ini.

Katanya, kedua-duanya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Kajang dan Ampang.

Katanya, sejak isu filem Mentega Terbang menjadi sensasi, banyak pihak yang terbabit dalam filem ini termasuk pelakon dan kru menerima ancaman dan kecaman di media sosial.

“Kejadian ini menimbulkan kegusaran kepada mereka sedangkan mereka sudah memberikan kerjasama yang baik kepada siasatan polis.

“Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana mereka (suspek) boleh mengetahui di mana mereka tinggal dan tahu yang mana satu kereta milik mereka, ini menimbulkan persoalan,” katanya.

Zaid turut berkata, walaupun mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dengan kandungan filem itu, pelakon dan kru tidak sewajarnya diganggu dan dianiaya sedemikian.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu ciapan balasan kepada hantaran Amer Hadi Azmi, mengecam perbuatan berkenaan.

“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan-ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.

“Rakyat Malaysia mesti patuh undang-undang, jangan ambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa.

“Follow the law, don’t take matters into your own hands (Ikut undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri),” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan itu yang dianggap hanya akan memburukkan imej Islam dan melabel perbuatan itu sebagai ektremis.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa segera melakukan siasatan dan menangkap individu yang melakukan perbuatan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan yang dihubungi BH hari ini, mengesahkan dua laporan polis diterima, masing-masing satu di Kajang dan satu di Ampang.

“Kenderaan milik kedua-dua mangsa dilaporkan disimbah cat dan mereka turut menerima beberapa nota berbaur ugutan.

“Kejadian dipercayai berlaku antara jam 3 hingga pagi tadi, dan ia hanya disedari mangsa pada awal pagi. Kedua-duanya mangsa kemudian tampil membuat laporan polis kira-kira jam 8 pagi,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu merosakkan harta benda dan Seksyen 507 kanun sama iaitu ugutan bunuh.

BHonline-

Tags: Mentega Terbangugutan bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

Mentega Terbang: Pertuduhan Sah, Ikut Perlembagaan – Hakim

06/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem kontroversi, Mentega Terbang, gagal dalam permohonan mereka untuk merujuk persoalan berkait Perlembagaan ke Mahkamah...

KPN Buat Lawatan Mengejut Ke IPD Kajang

Nik Elin Terima Banyak Ugutan Bunuh

11/02/2024
0

SHAH ALAM - Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya baru-baru ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd