• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 14 Orang Maut

oleh Mohd Arshad
16/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 14 Orang Maut
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Banjir kilat di Turkiye semalam telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 14 penduduk yang tinggal di dalam khemah dan rumah kontena di wilayah yang sebelum ini terjejas dengan gempa bumi, sekali gus memberi lebih tekanan kepada Presiden, Recep Tayyip Erdogan menjelang pilihan raya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beberapa orang lagi dilaporkan dihanyutkan air banjir yang turut merubah jalan-jalan raya menjadi sungai berlumpur di kawasan yang dilanda gempa bumi berkekuatan 7.8 pada skala Richter bulan lepas.

Lebih 48,000 orang terkorban di Turkiye selain 6,000 lagi di Syria dalam bencana pada 6 Februari lalu yang merupakan bencana alam terburuk di rantau itu pada era moden.

Ratusan ribu mangsa gempa bumi di Turkiye tinggal di dalam khemah dan rumah kontena di sekitar 11 wilayah yang terjejas dengan insiden itu.

Hujan lebat melanda kawasan-kawasan tersebut bermula kelmarin dan perkhidmatan cuaca meramalkan ia berterusan hingga semalam.

Pegawai Turkiye berkata, banjir terbaharu itu telah membunuh 12 orang di Sanliurfa, kira-kira 50 kilometer di utara sempadan Syria.

Dua individu termasuk seorang bayi berusia setahun meninggal dunia berhampiran Adiyaman, di mana lima lagi masih belum diketahui nasib mereka.

Beberapa imej menunjukkan air banjir menghanyutkan kereta dan rumah-rumah sementara yang dibina untuk mangsa-mangsa gempa bumi.

Dalam satu video tular, seorang lelaki memakai sut dan tali leher meminta pertolongan ketika terapung di atas air arus deras di samping perabot.

Keadaan lelaki berkenaan bagaimanapun tidak diketahui.

-Kosmo Online

Tags: banjir kilatTurkiye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Turkiye Undang 100 Anak Yatim Ke Majlis Kahwin

Pasangan Turkiye Undang 100 Anak Yatim Ke Majlis Kahwin

04/04/2026
0

Ganti Hadiah Dengan Nilai Kemanusiaan ŞANLIURFA – Tindakan luar biasa sepasang pengantin di Turkiye mencuri perhatian dunia apabila mereka memilih...

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd