• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun Peniaga Online, Dua Lelaki Ditahan

oleh AK-47
16/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Samun Peniaga Online, Dua Lelaki Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Iskandar Puteri : Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kes samun di Puteri Harbour di sini, Isnin lalu, yang mana video kejadiannya tular, sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya mengesan video tular mengenai samun itu pada semalam, bagaimanapun tangkapan sudah dibuat Isnin lalu.

“Kita mengesan video tular itu semalam dan kita ingin mengesahkan bahawa tangkapan sudah dibuat pada Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, suspek pertama ditahan pada 10.15 pagi di Horizon Hill dan suspek kedua ditahan 9 malam hari sama di Gelang Patah.

“Hasil siasatan, suspek mengaku terbabit dalam kes pada 9.45 pagi itu dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakan mangsa menggunakan parang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Rahmat berkata, pihaknya merampas RM10,000 yang disamun daripada mangsa yang berniaga secara dalam talian itu.

“Kita juga merampas senjata dan kenderaan yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Menurut beliau, mangsa yang cedera di kepala akibat ditetak dan dirawat di hospital swasta di sini, sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang berusia 40 dan 45 tahun dan mempunyai rekod jenayah lampau itu kini direman sehingga Sabtu ini, bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan sejenayah yang dipercayai terdapat tiga lagi yang masih bebas.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian ini juga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kes samunpeniaga online
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

Next Post

Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 14 Orang Maut

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post
Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 14 Orang Maut

Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 14 Orang Maut

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd