• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Mac Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

oleh Mohd Arshad
15/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
22 Mac Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 22 Mac ini, bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan turut memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen pada malam tersebut.

“Cerapan anak bulan pula akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan,” katanya.

Lokasi-lokasi yang ialah Pontian Kecil (Johor), Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan), Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra, Banting (Kuala Langat), Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, mukim Pengkalan Baru, daerah Manjung (Perak) serta Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang) manakala di Kedah, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah (Pulau Langkawi) dan Menara Alor Setar, Alor Setar (Kedah).

Bagi Terengganu pula ialah di Bukit Besar (Kuala Terengganu) Bukit Geliga (Kemaman) Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA (Mukim Merang, Setiu, Terengganu) manakala di Kelantan melibatkan Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram (Kuala Krai) dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Tiga tempat di Sarawak ialah Esplanade Luak, (Miri), Teluk Bandung (Kuching) dan Tanjung Batu (Bintulu) dan satu lokasi di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta tiga di Pahang merangkumi Bukit Tanjung Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands) dan Bukit Pelindung, Kuantan.

Di Wilayah Persekutuan ialah tingkat 13 di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (Menara Kuala Lumpur), serta Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Kosmo-

Tags: Anak Bulan RamadanPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd