• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johari Ketuai Pasukan Petugas 1MDB

oleh Mohd Arshad
10/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johari Ketuai Pasukan Petugas 1MDB
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lantikan Bekas Menteri Kewangan II itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam selepas bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sendiri malu dengan keputusan terbabit. Amat sedikit ketika persefahaman itu dibuat. Goldman Sachs mengaut keuntungan daripada kerja keras kita,” kata Anwar.

Pada 2020, kerajaan pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs dengan bank pelaburan itu hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan memberi jaminan pulangan aset 1MDB yang dirampas di seluruh dunia, bernilai AS$1.4 bilion.

Baru-baru ini, Johari menggesa kerajaan menyiasat peranan pihak yang terbabit dalam penyelesaian dengan Goldman Sachs, menyifatkan itu sebagai tidak adil dan meragukan.

Johari berkata, Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama kepada tiga bon yang dikeluarkan 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, sekali gus meraih AS$600 juta sebagai yuran komisyen.Selain itu kata Johari, dua bekas pekerja Goldman Sachs juga bukti penyelesaian itu meragukan.

-Kosmo Online

Tags: johari abdul ghaniPasukan Petugas 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lantik Johari Wakili Parti Runding RUU PSB

UMNO Lantik Johari Wakili Parti Runding RUU PSB

03/10/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO melantik Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili parti itu untuk berunding dengan pihak kerajaan bagi...

Usul Tarik Balik Gantung Keahlian Hishammuddin Perlu Dibawa Ke Majlis Tertinggi UMNO – Johari

Usul Tarik Balik Gantung Keahlian Hishammuddin Perlu Dibawa Ke Majlis Tertinggi UMNO – Johari

22/06/2025
0

Kuala Kangsar: Usul untuk menarik balik penggantungan keahlian UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dibangkitkan oleh perwakilan UMNO Sembrong perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd