• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Malaysia Buah Mulut Pelancong – Najib

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keseluruhan rantaian penyedia perkhidmatan pelancongan disaran memainkan peranan yang lebih dinamik bagi memberi pengalaman terbaik kepada pelancong, sekali gus menjadikan Malaysia buah mulut di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehubungan itu, strategi pemasaran yang meluas dan efektif diperlukan baik dari pintu masuk negara sehingga ke peringkat hotel bagi mewujudkan pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan pelancong.

“Untuk melonjakkan industri pelancongan negara ke peringkat lebih tinggi, Malaysia perlu ada produk (penyampaian) yang berbeza.

“Baik dari segi fizikal, ekosistem, budaya memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong.

“Jangan pula kita sekali-kali melihat pelancong itu ruang untuk meraih keuntungan yang berlebihan termasuk menipu dengan mengenakan harga tinggi seperti pemandu teksi yang tidak menggunakan meter,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan malam Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) di sini malam tadi.

Hadir sama presidennya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Najib berkata pilihan sama ada untuk mewujudkan pengalaman menarik atau buruk kepada pelancong terletak di tangan penyedia perkhidmatan pelancongan untuk mencorakkan dan menjayakannya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata pertumbuhan industri pelancongan serantau memberi keyakinan kepada Malaysia untuk mencapai sasaran ketibaan pelancong sejumlah 36 juta orang pada tahun 2020 dengan perbelanjaan sebanyak RM168 bilion seperti yang ditetapkan Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) sebelum ini.

“Untuk tahun ini sahaja kita sudahpun meletakkan sasaran 29.4 juta bilangan pelancong dengan perbelanjaan pula disasarkan sebanyak RM89 bilion.

“Kita percaya dengan berteraskan kempen ‘Malaysia Year of Festivals 2015’ sebagai kesinambungan Tahun Melawat Malaysia sebelum itu, sasaran yang telah ditetapkan mampu dicapai dengan syarat semua pihak terlibat memainkan peranan masing-masing, ” katanya.

Najib turut menarik perhatian bahawa negara bukan sahaja memiliki kekayaan alam semulajadi sebagai tarikan pelancong tetapi juga pelbagai infrastruktur berkelas dunia yang terus menggamit perhatian dan menjadi pilihan destinasi pelancongan.

“Malah kalau diukur dari segi kepuasan membeli belah, Malaysia menjadi pilihan kerana faktor harga dan kualiti,” katanya.

Di akhir ucapan, Najib turut mengumumkan penjenamaan semula NTCM kepada Malaysian Tourism Council (MyTC) dan yakin entiti ini akan memberi nafas dan semangat baharu kepada semua pihak terlibat untuk terus menjayakan industri pelancongan negara. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd