• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjadualan Semula SPM 2022 Bermula 16 Mac

oleh Mohd Arshad
05/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penjadualan Semula SPM 2022 Bermula 16 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN: Penjadualan semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533 calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu akibat banjir akan bermula 16 Mac ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ini membabitkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lalu.

“Kita akan bermula pada 16 Mac, tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa, khususnya persediaan logistik dan lain-lain. Kita berharap cuaca bertambah baik supaya tidak bertambah penjadualan semula dan kita boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja,” katanya.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata, 17 sekolah di Johor dan dua di Pahang terjejas banjir setakat ini, dan beliau akan ke Johor esok untuk meninjau sekolah yang terkesan supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan, selain menziarah guru yang terbabit bencana itu.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah yang akan dibina dengan rekaan kalis bencana, khususnya di lokasi kerap berdepan bencana seperti banjir.

Pada perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM sedang melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di Sarawak, sebelum sesi persekolahan baharu bermula pertengahan Mac ini.

Beliau berkata, antaranya ialah penempatan guru yang sedang dilihat bersama Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Pada majlis itu, Fadhlina juga mengumumkan tema Hari Guru tahun ini, iaitu ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’ yang akan disambut di Melaka.

Bernama-

Tags: penjadualan semulaSPM 2022
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd