• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rang Undang-undang Mansuh Hukuman Mati Mandatori Dibentangkan Mac Ini – Ramkarpal

oleh Mohd Arshad
22/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Rang Undang-undang Mansuh Hukuman Mati Mandatori Dibentangkan Mac Ini – Ramkarpal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang (RUU) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata pihaknya menjangkakan RUU itu dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan pada April sebelum diwartakan Mei nanti.

“Apabila undang-undang terbabit diwartakan, mereka yang terkesan boleh membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan dengan bantuan peguam dan Jabatan Penjara,” katanya selepas melawat Penjara Kajang di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 1,320 banduan yang dijatuhi hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan terkesan apabila RUU itu diwartakan.

Katanya, permohonan itu akan melalui proses mahkamah dan bukan secara automatik hukuman banduan dikurangkan.

“Mahkamah akan mendengar bukan sahaja daripada tertuduh atau mereka yang telah disabitkan tetapi mangsa dan keluarga akan berpeluang menyampaikan faktor yang akan ditimbulkan untuk perhatian mahkamah melalui Peguam Negara atau Timbalan Pendakwa Raya.

“Mahkamah Persekutuan akan melihat satu persatu kes untuk menentukan sama ada hukuman gantung wajar digantikan dan ini terpakai kepada mereka yang menjalani hukuman gantung atau penjara sepanjang hayat,” katanya.

Ramkarpal berkata, undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada banduan dari segi rehabilitasi dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk keluar semula kepada masyarakat.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi dialog bersama tujuh banduan akhir dan sepanjang hayat bagi mendengar pandangan mereka mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori.

Pada sesi itu, banduan berusia lingkungan 38 hingga 66 tahun yang sedang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat terbabit meluahkan rasa gembira apabila dimaklumkan mengenai usaha kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori.

Mohamad (bukan nama sebenar), 45, berkata dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat yang kini memasuki tahun ke-23.

“Berilah kami peluang untuk bersama keluarga dan berjanji akan melakukan yang terbaik,” katanya yang disabitkan dengan kesalahan membabitkan dadah.

Katanya, kebanyakan banduan yang menjalani hukuman gantung dan penjara sepanjang hayat berusia lebih 60 tahun dan wajar diberikan peluang kedua.

Pada 10 Jun tahun lepas, kerajaan sebelum ini bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan mengenakan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

Bernama-

Tags: hukuman mati mandatoriramkarpal singhRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd