• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Semua Hidangan RM5 Adalah Menu Rahmah

oleh AK-47
22/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bukan Semua Hidangan RM5 Adalah Menu Rahmah
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesan terdapat peniaga di negeri ini yang menjual Menu Rahmah tanpa berdaftar dengan pihaknya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, para peniaga perlu memahami tujuan inisiatif itu diperkenalkan dan tidak mengambil kesempatan melariskan jualan menggunakan nama Menu Rahmah untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Katanya, pemantauan yang dilakukan secara berkala mendapati, ada menu yang berharga RM5 sebelum ini tetap dijual pada harga sama.

“Terdapat peniaga terutama di gerai-gerai tepi jalan menjual Menu Rahmah tanpa melalui KPDN. Mereka kata menu ini Menu Rahmah, tetapi apabila kita periksa, memang harga asal RM5.

“Perkara ini tidak boleh berlaku kerana mesti ada perbezaan harga. Jika harga sebelum ini RM5, maka mereka boleh jual pada harga RM4.50 atau RM4.80 untuk Menu Rahmah. Bukannya menukar menu RM5 tersebut kepada Menu Rahmah.

“KPDN akan memberi advokasi kepada peniaga ini, mungkin kerana ada yang tidak cakna dengan syarat yang ditetapkan. Kita akan terangkan Menu Rahmah mesti terdiri daripada serat dan protein atau menu yang dicipta khas dan dijual pada harga RM5 dan ke bawah,” katanya dalam sidang akhbar selepas program pelupusan eksibit di sini hari ini

Sementara itu, mengenai penyertaan Menu Rahmah di Melaka, Norena memberitahu, sehingga kini sebanyak 23 premis menyediakannya termasuk tiga buah hotel.

Menurutnya, sambutan setakat ini sangat menggalakkan kerana menu itu terbuka kepada semua golongan.

“Peniaga yang menjual Menu Rahmah mendapati hasilnya (jualan) sangat baik kerana menu berkenaan adalah sebahagian daripada menu harian mereka. Menu biasa masih ada tetapi apabila mereka menjual pada harga RM5, perniagaan mereka semakin lancar,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: Hidangan RM5Menu Rahmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ulama UMNO Peringat Pihak Persenda Inisiatif Menu Rahmah

Ulama UMNO Peringat Pihak Persenda Inisiatif Menu Rahmah

04/03/2023
0

Peniaga yang terbabit menyediakan Menu Rahmah adalah tergolong dalam golongan abrar (berkebajikan) dan mendapat pujian Allah SWT, kata Setiausaha Eksekutif...

EXCO PAS Dikecam Kerana ‘Cemuh’ Menu Rahmah

EXCO PAS Dikecam Kerana ‘Cemuh’ Menu Rahmah

03/03/2023
0

Selepas beberapa kontroversi berhubung hidangan Menu Rahmah mengaitkan wakil rakyat PAS, kali ini seorang Adun parti itu melalui rakaman video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd