• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPF Mahu Dipertimbang Sebagai Parti Komponen BN

oleh AK-47
19/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
IPF Mahu Dipertimbang Sebagai Parti Komponen BN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) hari ini mahu Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan untuk menerima parti itu sebagai satu daripada komponen gabungan berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden IPF, Datuk T Loganathan berkata, sebagai Friends of BN, penerimaan sebagai anggota gabungan itu adalah suatu pengiktirafan kepada IPF, mengambil kira kesetiaan parti berkenaan terhadap BN selama hampir 30 tahun.

Loganathan berkata, demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung IPF ke-30 pada Ahad.

Sementara itu, antara resolusi yang diluluskan IPF pada perhimpunan agung berkenaan termasuk meminta kerajaan untuk meneruskan agenda pelan tindakan bagi kaum India seperti dirancang ketika kerajaan BN dahulu serta memperkasakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terutama di kawasan luar bandar.

IPF turut meminta diperuntukkan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selain turut memohon diberi jawatan di dalam kerajaan seperti Ahli Dewan Negara, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan di dalam syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.

Resolusi berkenaan telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mewakili Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BN kini dianggotai empat parti utama iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, beliau menyokong hasrat IPF dan parti-parti yang menganggotai Friends of BN yang lain untuk menjadi parti komponen BN bagi memperkukuh gabungan itu pada pasca-Pilihan Raya Umum ke-15.

“Kita perlu membuat langkah yang berbeza untuk masa hadapan… pada saya setelah kita kalah dua kali dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, apa salah kita membuka pintu hati kita agar saling kuat antara satu sama lain untuk tujuan yang baik,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNIPFParti Komponen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd