• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Merah: Penduduk Labuan Dinasihat Elak Makan Kerang-kerangan

oleh Mohd Arshad
19/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Air Pasang Merah: Penduduk Labuan Dinasihat Elak Makan Kerang-kerangan
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN: Jabatan Perikanan Labuan menasihati penduduk di pulau bebas cukai ini supaya mengelak daripada memakan kerang-kerangan dari tanah besar Sabah, berkuat kuasa serta-merta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Faizal Ibrahim Suhaili, berkata langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.

“Kami akan memantau dengan teliti kemasukan kerang-kerangan dari Sabah melalui terminal feri kami, bagi

mengelak kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP).

“Memandangkan Jabatan Perikanan Sabah telah mengeluarkan amaran fenomena air pasang ini, maka fenomena ini juga berlaku di Labuan disebabkan perairan Labuan termasuk dalam perairan Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Faizal Ibrahim berkata, keracunan kerang-kerangan paralitik adalah sindrom yang boleh dialami sesiapa sahaja jika mereka makan makanan laut yang tercemar disebabkan fenomena air pasang.

PSP boleh mengancam nyawa dan sering terjadi dalam masa dua jam pengambilan dan gejala termasuk kesemutan; terbakar; kebas; mengantuk dan lumpuh pernafasan.

“Air pasang merah boleh bertahan selama beberapa hari, minggu, atau bulan dan boleh berubah setiap hari disebabkan keadaan angin dan arus air…angin darat biasanya membawanya berhampiran pantai dan angin luar pesisir meniupkannya ke laut.

“Jangan makan moluska (kerang atau tiram) yang hasil daripada fenomena air pasang merah, kerana ia mengandungi toksin yang menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Perikanan Sabah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakan kerang dari perairan Kota Kinabalu dan Tuaran selepas air pasang dikesan berhampiran Pulau Sepanggar pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Azhar Kassim, berkata Jabatan Biosekuriti mereka mendapati sel pyrodinium bahamense dan

margalefidinium polykrikoides dalam satu liter sampel melebihi paras berbahaya.

Katanya, sel itu merebak dengan pantas dan telah sampai ke Pelabuhan Sutera dan perairan Jeti Jesselton, Teluk Likas, dan Kepulauan Gaya dengan bacaan tertinggi dikesan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Labuan pada April 2015 melaporkan dua kes (melibatkan dua nelayan tempatan dari Kg Sg Miri) akibat keracunan kerang paralitik berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau itu.

Air pasang merah dinamakan sedemikian selepas warna kemerahan dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.

Bernama-

Tags: Air PasangkerangLabuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

Hujan Lebat Bertembung Air Pasang Di Tawau

21/08/2024
0

TAWAU : Hujan lebat bertembung dengan air pasang besar seawal jam 5 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan di sini termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd