• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun BERSATU Masih Dibeku

oleh Mohd Arshad
05/02/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Akaun BERSATU Masih Dibeku
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Beberapa akaun milik parti BERSATU masih lagi dibekukan setakat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan masih berjalan dan pembekuan akaun belum dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah simpanan dalam akaun yang dibekukan SPRM kerana pegawai penyiasat masih dalam proses melaksanakan tugas.

“Pembekuan sedang berjalan. Siasatan juga masih berjalan,” katanya kepada BH, di sini hari ini.

SPRM pada Rabu lalu mengesahkan membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU, baru-baru ini.

Azam berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram dan siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman yang turut mengesahkan pembekuan akaun berkenaan berkata, tindakan itu mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Azam juga mengingatkan individu atau pihak tertentu yang mempunyai maklumat penyelewengan atau salah laku berkaitan dana politik supaya membuat aduan rasmi kepada agensi penguatkuasaan itu.

Beliau berkata, ini bagi memastikan setiap aduan atau laporan yang dibuat itu diperiksa kesahihannya oleh SPRM, seterusnya siasatan lanjut dilakukan pihaknya mengikut Akta SPRM 2009.

“SPRM tidak boleh sewenang-wenangnya mengadakan siasatan, sekiranya tiada laporan atau kesalahan dikesan. Setiap siasatan mestilah berpandukan kepada elemen-elemen Akta SPRM 2009, iaitu berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Ia mestilah aduan rasmi, boleh datang daripada ‘underground’ (pihak parti) atau ‘whistleblower’ (pemberi maklumat) yang mempunyai maklumat,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan SPRM mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk menyemak mana-mana akaun parti politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, sekiranya agensi penguat kuasa itu menerima laporan dan mahu membuka siasatan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah.

-Berita Harian

Tags: Akaun BERSATUBERSATUSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd