• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: Emilia Hanafi Beri Keterangan Kes Dipukul Bekas Suami

oleh Mohd Arshad
02/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah: Emilia Hanafi Beri Keterangan Kes Dipukul Bekas Suami
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Nadia Othman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal untuk Emilia dipanggil dahulu memberi keterangan.

Justeru, Emilia dijangka akan memberi keterangannya sebagai saksi pendakwaan pada pukul 2.30 petang ini.

“Kes sejak 2016 (pertuduhan) dan 2021 bermula perbicaraan. Mahkamah tidak pernah melapangkan kes itu, pihak-pihak (pendakwaan dan pembelaan) yang memohon perkara berkenaan. Mahkamah bersedia mendengar kes ini tanpa gangguan.

“Tiada alasan munasabah dikemukakan (tidak panggil Emilia beri keterangan petang ini), mahkamah tangguh bicara ke 2.30 petang ini untuk kemukakan saksi itu (Emilia). Saya juga ingin mengingatkan dan memberi amaran keras supaya mana-mana pihak tidak memuat naik (posting di media sosial) yang boleh ganggu perjalanan kes,” kata Majistret Nadia.

Terdahulu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal berhujah pengadu (Emilia) perlu dipanggil dahulu kerana beliau merupakan ‘crown dan key witness’ di dalam kes ini.

“Keterangan beliau (Emilia) adalah penting untuk mengesahkan fakta berkaitan hari kejadian yang berlaku pada 22 November 2015 (kejadian tersebut).

“Pengadu perlu dipanggil dahulu adalah untuk kepentingan keadilan (in the interest of justice) serta isu ini sedikit sebanyak akan memprejudiskan terhadap anakguam kami kerana terdapat banyak dokumen pihak pembelaan berkait rapat dengan pengadu,” katanya.

Beliau berkata adalah wajar pengadu seharusnya dipanggil dahulu berbanding dengan saksi-saksi pendakwaan lain.

“Sudah menjadi amalan kebiasaan bahawa di dalam kes pukul yang terkandung di dalam seksyen 323 Kanun Keseksaan, mangsa akan dipanggil dahulu sebagai saksi utama pendakwaan bagi memberikan keterangannya” kata peguam itu lagi.

Kosmo-

Tags: Datuk S.M Faisal S.M NasimuddinEmilia Hanafikes dipukul
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Suami Jahidah Dipenjara 14 Tahun, Mahkamah Rayuan Tegas Hukuman Maksimum

Bekas Suami Jahidah Dipenjara 14 Tahun, Mahkamah Rayuan Tegas Hukuman Maksimum

04/05/2026
0

PUTRAJAYA, 4 Mei 2026 – Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd