• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

oleh Mohd Arshad
01/02/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan permulaan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini dengan pelancaran Kempen “Harmoni of Living” atau “Keharmonian Kehidupan” hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang enam bulan akan datang di bawah Kempen sebagai cara menyampaikan penghargaannya kepada pelanggan dan pihak berkepentingan atas sokongan mereka.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, NAZA TTDI juga mengumumkan siri tiga (3) Cabutan Bertuah untuk pembeli hartanahnya. Cabutan Bertuah ini dibuka kepada pembeli unit dalam projek terpilih iaitu, MET1 Residences, Sentralis Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai – Soho, Trio Permai – Kedai, Trio Permai – Kedai dan TTDI Za’aba. Pembeli yang berminat boleh merujuk laman web NAZA TTDI mengenai terma dan syarat cabutan bertuah ini.

Peraduan Cabutan Bertuah “Harmony of Living” menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk Mercedes Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport yang akan dijalankan dalam 3 cabutan, pada bulan Mei, Julai, dan cabutan bertuah utama pada Ogos 2023.

Kempen tersebut diumumkan oleh YBhg Dato’ Jasmy bin Ismail, Pengerusi NAZA TTDI dan turut hadir ialah Daniel Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAZA TTDI semasa Malam Apresiasi Media Naza TTDI yang diadakan di salah sebuah bangunan ikoniknya, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia. (MITEC).

Menurut Dato’ Jasmy, “Ulang tahun ke-50 kami merupakan peristiwa penting bagi NAZA TTDI.

Walaupun dalam tempoh ini, kami telah memanfaat banyak peluang, kami turut menghadapi pelbagai cabaran. Walau bagaimanapun, kami tetap teguh dalam fokus kami untuk menawarkan unit kediaman dan komersial yang menekankan penawaran nilai maksimum, inovasi dan kualiti.”

Sepanjang perjalanan 50 tahun sejak penubuhannya pada 1973, NAZA TTDI turut menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan komuniti utama di Lembah Klang melalui pembangunan dan projeknya.

Rentetan pencapaian NAZA TTDI termasuk menyiapkan perbandaran terkenal berskala besar, dan projek premium dan mercu tanda seperti TTDI, TTDI Alam Impian, Platinum Park dan MITEC, dan pencapaian penting lain.

Sebagai tambahan kepada pembangunan premium, NAZA TTDI juga membangunkan perumahan kos sederhana dan rendah.

NAZA TTDI telah berjaya menyiapkan lebih 25,000-unit kediaman & komersil dan terus menyentuh kehidupan ramai kerana mereka kekal fokus pada pembangunan yang meningkatkan kualiti hidup dan membawa konsep gaya hidup yang berkisar kepada komponen Live, Work, Learn & Play.

“Ketika kami meraikan sambutan Jubli Emas tahun ini, kami akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian kami dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, serta projek premium dan mercu tanda.

Kami telah merancang pelbagai aktiviti dalam tempoh 6 bulan akan datang untuk memperingati peristiwa penting ini di bawah Kempen Ulang Tahun ke-50 kami,” tambah Dato’ Jasmy.

Kempen ini akan bermula hari ini hingga Julai 2023 dan akan menawarkan pelbagai aktiviti seperti cabaran dan peraduan media sosial, serta acara yang mempromosi gaya hidup sihat dan mampan seperti acara Berbasikal dan Jejak Hutan.

-Mynewshub

Tags: NAZA TTDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faliq Nasimuddin Lamar Anak Billionaire Vincent Tan

03/07/2017
0

ANAK bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Faliq Nasimuddin, 32, melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada billionaire Malaysia, Tan...

NAZA TTDI Labur RM20 Juta Ke Atas Taman Metropolis KL

04/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Naza TTDI Sdn Bhd (Naza) akan melabur RM20 juta bagi menguruskan 2.023 hektar Taman Metropolis KL untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd