• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
29/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, mendiang yang juga Timbalan Pendakwa Raya Kanan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan minggu lalu bagi menerima rawatan, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Pada 23 November tahun lalu, ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, berita kematian Sri Ram disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam.

“Ya, benar. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.15 tengah hari tadi di sebuah hospital swasta di sini,” katanya ketika dihubungi.

Mendiang juga adalah pendakwa raya utama bagi perbicaraan rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, membabitkan projek hibrid solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram.

-Berita Harian

Tags: gopal sri ram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan...

Rosmah Gagal Gugurkan Sri Ram, Batal Perbicaraan Projek Solar

24/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd