• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makanan Disteril Diperluas Ke PPS Sabah

oleh Mohd Arshad
28/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Makanan Disteril Diperluas Ke PPS Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Langkah alternatif penyediaan makanan menggunakan teknologi retort (kaedah pensterilan) perlu diperluaskan ke Sabah sebagai juadah awal bagi mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, beliau mendapati pek makanan retort itu sesuai disediakan untuk mangsa banjir yang baru tiba di PPS.

Beliau berkata, pek makanan berkenaan juga turut menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.

“Saya mendapat maklum balas positif daripada mangsa berhubung pembekalan makanan retort ini. Namun, penyediaan makanan itu masih dalam peringkat rintis dan masih terhad serta belum meliputi semua PPS.

“Saya melihat wujud keperluan agar penggunaan makanan retort ini wajar diperluaskan ke PPS di Sabah. Saya juga difahamkan bekalan makanan ini diperoleh dari Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, beliau mahu makanan retort itu dihasilkan di Sabah sendiri supaya stok makanan itu boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa perlu diperoleh daripada Semenanjung Malaysia.

Armizan berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk dibincang dan dilaksanakan.

Dalam perkembangan sama, Armizan berkata, setakat pukul 10 malam tadi, jumlah semasa mangsa adalah seramai 14,012 orang daripada 4,596 keluarga yang berlindung di 73 PPS di 13 daerah iaitu Johor (6 daerah), Pahang (1 daerah), Terengganu (1 daerah) dan Sabah (5 daerah).

Menurutnya, Sabah adalah negeri yang paling teruk terkesan banjir dengan jumlah mangsa banjir seramai 10,312 di 33 PPS melibatkan daerah Paitan, Pitas, Kota Marudu, Telupid dan Tawau.

“Sebagai makluman, Monsun Timur Laut (MTL) musim ini (2022/2023) bermula pada awal bulan November 2022 dan dijangka berlarutan sehingga Mac ini.

“Sepanjang MTL ini, sebanyak 10 siri amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan amaran pada ketika ini adalah siri ke-10,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Makanan DisterilPPS Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd