• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Wang Pada Pengundi: Niat Lebih Penting, Kata Hamzah

oleh AK-47
22/01/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Beri Wang Pada Pengundi: Niat Lebih Penting, Kata Hamzah
Share on FacebookShare on Twitter

Perkara yang lebih utama yang perlu diambil kira berhubung pemberian wang tunai adalah niat di sebaliknya, kata Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mempertahankan pemberian wang tunai ketika PRU15 sebagai sedekah.

“Saya tidak begitu pasti tentang (kenyataan Hadi) itu. Tetapi, maksudnya di sini apabila kita bercakap tentang memberi wang, niat adalah lebih penting,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata ada keadaan di mana orang ramai yang meminta wang daripada calon, misalnya untuk membaiki rumah mereka.

“Saya fikir kita perlu berhati-hati berkenaan niat mengapa wang diberikan dan juga orang yang memintanya,” katanya lagi.

Semalam, Hadi dilaporkan menyifatkan pemberian wang tunai oleh PAS ketika PRU15 adalah sedekah dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Katanya, undang-undang pilihan raya hanya melarang calon atau wakil calon daripada berbuat demikian dan tidak terpakai kepada “orang awam”.

Kenyataan itu disangkal sejumlah pihak, termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan kenyataan itu sebagai hipokrit.

“Kalau dia buat (dipanggil) sedekah, kalau kita (buat) dipanggil rasuah,” kata Zahid.

Pada 3 Jan lepas, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 baru-baru ini bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman, berkaitan dengan pemberian itu.

Petisyen itu mendakwa PAS merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student antara 15 dan 17 Nov 2022, yang hanya beberapa hari sebelum PRU15.

Mengulas perkara itu, Hamzah berkata PN sudah bersedia dengan pasukan peguamnnya untuk berdepan dengan tindakan undang-undang itu.

“Bila dia cabar kita dengan petisyen, kita akan pastikan bahawa kita ada buktinya.

“Petisyen ini biasanya kerana rasa tidak puas hati. Tapi, kita juga pasukan peguam bela kita untuk berdepan,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: Hamzah ZainudinIsu Beri Wang Pada PengundiNiat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Terima Apa-apa Surat, Johari Sahkan Tempat Duduk Pemimpin Dipecat BERSATU Termasuk Hamzah Di Parlimen Kekal

Belum Terima Apa-apa Surat, Johari Sahkan Tempat Duduk Pemimpin Dipecat BERSATU Termasuk Hamzah Di Parlimen Kekal

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Pemecatan keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin serta 16 yang lain oleh BERSATU tidak memberi kesan kepada kedudukan mereka...

Hamzah Menghadap Lembaga Disiplin BERSATU Khamis Ini

Hamzah Menghadap Lembaga Disiplin BERSATU Khamis Ini

08/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipanggil menghadap Lembaga Disiplin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd