• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

84% Projek RMK10 Telah Siap – Fadillah

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya telah berjaya menyiapkan 4,303 atau 84 peratus projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), kata menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusoff.

Beliau berkata sehingga 31 Mac, kementerian itu diamanahkan melaksanakan sebanyak 5,095 projek di seluruh negara.

“Daripada keseluruhan jumlah itu, 358 projek lagi dalam peringkat pembinaan, manakala 434 projek di peringkat prapembinaan.

“Sebanyak 770 projek sahaja daripada keseluruhan projek RMK10 yang diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) lewat disiapkan mengikut jadual asal,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Abd Aziz ingin tahu jumlah kontraktor yang gagal dan lewat menyiapkan projek-projek kerajaan serta agensinya sejak 2010 hingga 2014.

Fadillah berkata kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan telah dikenakan denda ganti rugi, manakala 128 kontrak projek RMK10 ditamatkan berikutan kegagalan pihak kontraktor.

“Kontraktor yang ditamatkan berkenaan telah diambil tindakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) termasuk tidak lagi dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perolehan atau tender projek kerajaan dalam tempoh masa tertentu,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh), Fadillah berkata kontraktor projek Kolej Matrikulasi Kelantan di Pasir Puteh telah diambil tindakan kerana gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual asal dan didenda, membiayai serta membaiki kelemahan yang wujud semasa pembinaan kolej terbabit.

“Sementara itu, projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bukan di bawah seliaan JKR kerana Malaysia Airports Berhad (MAB) melantik konsultan swasta untuk menguruskan projek terbabit,” katanya.

Nasrudin ingin tahu apakah bentuk tindakan diambil terhadap kontraktor Kolej Matrikulasi Kelantan dan projek pembinaan KLIA2 yang lambat disiapkan sekaligus menyebabkan kos meningkat. – BERNAMA

 

Tags: Fadillah YusofKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd