• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Sik Sejuk Sampai Tulang

oleh AK-47
17/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Penduduk Sik Sejuk Sampai Tulang
Share on FacebookShare on Twitter

Sik : Suhu sejuk antara 18 hingga 19 darjah celcius di beberapa kawasan di daerah ini pagi ini, menyebabkan penduduk terpaksa mengenakan pakaian lebih tebal bagi melakukan aktiviti harian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penduduk, Zaini Abu Bakar, 38, berkata cuaca sejuk sejak beberapa hari lalu, menyebabkan rutin pagi keluarganya sedikit terganggu terutama anaknya mandi pagi untuk ke sekolah.

“Kebelakangan ini suhu lebih sejuk berbanding biasa. Kasihan tengok anak-anak menggigil kesejukan mandi pagi untuk ke sekolah. Hendak ambil wuduk pun sudah sejuk, apa lagi hendak mandi.

“Ketika hantar anak ke sekolah saya terpaksa pakai baju tebal, anak juga dipakaikan baju panas supaya mereka tidak terlalu sejuk ketika membonceng motosikal,” katanya yang tinggal di Kampung Sungai Siputeh di sini.

Zaini yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, cuaca sejuk sebegini lazimnya menandakan musim kemarau akan bermula tidak lama lagi.

Penduduk, Nurul Asma Ghazali, 35, berkata dia terpaksa menyediakan air panas untuk anaknya berusia lima tahun mandi sebelum dihantar ke tadika.

“Memang sejuk luar biasa pagi ini hingga berkabus di hadapan rumah, apabila sejuk memang anak liat bangun pagi.

“Ada yang menangis tak mahu mandi, terpaksa dipujuk baharu mahu mandi dengan air panas,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz berkata, cuaca sejuk di daerah itu adalah perkara biasa apabila negeri utara berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut (MTL).

Jelasnya, sepanjang tempoh ini kebiasaannya awan akan berkurangan di kawasan terbabit.

“Awan berfungsi seperti selimut yang memerangkap haba, apabila tiada awan, haba yang ada di bumi akan terlepas naik ke udara.

“Keadaan ini akan menyebabkan orang ramai berasa lebih sejuk berbanding biasa,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata, kelazimannya juga bagi tempoh Januari hingga Mac, negeri di utara semenanjung akan menerima kurang taburan hujan.

Katanya, ia akan mengakibatkan cuaca agak kering dan suhu maksimum harian juga dijangka meningkat selain berkemungkinan berlaku jerebu tempatan dan juga kebakaran.

-Harian Metro

Tags: Sik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd