• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60,000 Unit Rumah Selangorku Ditawar Menjelang 2025

oleh Mohd Arshad
13/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
60,000 Unit Rumah Selangorku Ditawar Menjelang 2025
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG: Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, dasar baharu yang berkuat kuasa pada 3 Januari lalu itu menjadi inspirasi kerajaan negeri dalam menawarkan pilihan baharu bagi projek Rumah Selangorku.

Katanya, Rumah Selangorku 3.0 adalah penambahbaikan dasar baharu yang dibuat kerajaan negeri dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti zon pembangunan, komponen pembangunan, speksifikasi, kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.

“Apa yang menarik berkenaan dasar Rumah Selangorku 3.0 adalah ia menawarkan pilihan unit berdasarkan kepada keperluan iaitu golongan bujang untuk jenis solo (satu bilik), manakala golongan berkahwin untuk jenis duo (dua bilik), trio dan quad (tiga dan empat bilik),” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Kepada Pembeli Rumah Selangorku dan Penyerahan 30 unit Skim Smart Sewa bagi Projek Rumah Selangorku Kemuning Idaman di sini, hari ini.

Amirudin berkata, harga jualan yang ditawarkan untuk projek itu bermula RM114,750 seunit hingga RM250,000 seunit termasuk kos guaman, memorandum pemindahan dan kos penyelenggaraan selama dua tahun oleh pemaju.

“Melalui dasar baharu ini, kita sudah melangkah satu era baharu dalam pembangunan perumahan yang lebih mampan dan kondusif, diharapkan ia dapat memberikan momentum yang baik dalam merancakkan sektor pembinaan perumahan di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata setakat 1 Januari lalu, sebanyak 386 projek diluluskan kerajaan negeri membabitkan 221,671 unit Rumah Selangorku termasuk rumah MBI Idaman dan Rumah Harapan dengan 93 projek daripadanya membabitkan 33,071 unit siap dibina dan diserahkan kunci.

Selain itu, katanya, sebanyak 61 projek dalam pembinaan membabitkan 16,965 unit Rumah Selangorku, manakala bakinya masih dalam peringkat perancangan untuk mendapatkan kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

Bernama-

Tags: 2025Amirudin ShariRumah Selangorku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

03/09/2023
0

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga...

MB Selangor Saman MB Kedah

MB Selangor Saman MB Kedah

04/08/2023
0

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd