• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi 5 Pada Skala Richter Gegar Nepal Sekali Lagi

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda Nepal lewat malam Selasa mengejutkan penduduk di Kathmandu yang sebelum itu sudahpun panik.

Penduduk di Kathmandu dan di tempat lain keluar ke jalan raya menjerit dan meredah ribut kencang dan hujan berikutan gempa bumi itu.

Gempa bumi itu berpusat di Rasuwa, kira-kira 50 kilometer ke utara Kathmandu, kata Pusat Seismologi Kebangsaan kerajaan (NSC).

Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan baharu dilaporkan akibat gempa bumi itu, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Taufan yang kuat dan ribut menyebabkan kerosakan di Kathmandu dan lain-lain daerah namun laporan terperinci belum diterima, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Laxmi Prasad Dhakal.

Sebelum itu, empat gegaran lain lebih daripada 4 magnitud menggegarkan Kathmandu dan kawasan sekitarnya pada Selasa.

Lebih daripada 30,000 gempa susulan dengan 373 daripadanya lebih daripada 4 magnitud dirasai sejak gempa bumi kuat melanda Nepal 25 April lepas meragut nyawa sekurang-kurangnya 8,600 orang.

Walaupun sebulan selepas gempa bumi kuat pertama itu berlaku, ramai orang di Kathmandu masih tinggal di bawah khemah di kawasan lapang kerana bimbang dengan gegaran lain yang lebih kuat.

Kerajaan telah meminta rakyat untuk pulang ke rumah mereka dan menjalani kehidupan normal berikutan tiada lagi gempa bumi yang besar dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, orang ramai tidak mempedulikannya dan terus tinggal di dalam khemah disebabkan bimbang dengan gegaran susulan yang berterusan.

Ahli seismologi berkata, gempa susulan adalah biasa yang akan berterusan selama berbulan-bulan.

“Gempa susulan berlaku di mana-mana tempat di dunia untuk tempoh tertentu selepas gempa bumi yang kuat dan orang ramai perlu menerimanya seperti biasa memandangkan gempa susulan akan terus berlaku untuk beberapa kali lagi termasuk di Nepal juga,” kata Som Lal Sapkota dari NSC.

“Tidak sepatutnya timbul rasa panik kerana gempa bumi kuat tidak akan berlaku sekali lagi dalam masa terdekat.

Lebih daripada setengah juta rumah musnah akibat gempa bumi dan mereka yang kehilangan rumah meminta kerajaan untuk membantu membina tempat tinggal sementara sebelum hujan monsun bermula.

Monson bermula di Nepal pada Jun dan berakhir sehingga September.

Kerajaan telah berjanji untuk membina tempat perlindungan sementara tidak lama lagi dan membina semula bangunan dan struktur dalam tempoh tiga tahun. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumiNEPAL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd