• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat 16 Lagi Kes Tipu RMMJ

oleh AK-47
02/01/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Siasat 16 Lagi Kes Tipu RMMJ
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Polis Johor menyiasat 16 kes lagi daripada 19 kes penipuan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang dilaporkan dari Mei hingga Oktober tahun lalu, membabitkan kerugian RM122,000.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini, tiga kes sudah dituduh di Mahkamah Johor Bahru di sini, pada awal Disember lalu, membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu tidak mengaku bersalah dan kes berkenaan akan disebut semula pada 15 Januari ini.

“Semua mangsa sebelum ini hanya menyedari diri mereka ditipu selepas tidak mendapat maklum balas berkenaan rumah yang dijanjikan.

“Mangsa juga mendapati nama mereka tidak tersenarai atau didaftarkan selepas melakukan semakan dengan pihak perumahan dan kerajaan tempatan.

“Susulan siasatan, pada Oktober tahun lalu. polis mengenal pasti lelaki terbabit yang menjalankan aktiviti tawaran RMMJ sebelum dia dituduh di mahkamah bulan lalu atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu menerima harta curi dengan cara menipu.

“Dia tidak mengaku bersalah dan siasatan (kes lain) masih lagi diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Kamarul Zaman, siasatan mendapati suspek menggunakan satu ejen untuk berurusan dan membuat tawaran RMMJ kepada mangsa.

Katanya, menurut mangsa, tawaran diterima daripada ejen yang mereka kenali yang mendakwa boleh mendapatkan RMMJ daripada seorang individu lain yang menggunakan gelaran ‘Datuk’ menerusi konsep rent to own atau sewa beli.

“Konsep digunakan untuk menipu mangsa itu menawarkan bayaran balik bulanan serendah RM1,000 sahaja bagi rumah-rumah yang berharga melebihi RM500,000.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu akan dikenakan bayaran deposit RM3,000 hingga RM10,000 bagi sebuah rumah untuk tujuan proses dan kelulusan pihak berkuasa.

“Polis menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan urusan jual beli terutama menawarkan harga yang murah dan sukar dipercayai,” katanya.

Sebelum ini, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor mendedahkan sebanyak 19 kes penipuan yang menyamar sebagai ejen perumahan dikesan membabitkan kerugian bernilai RM122,000, pada tahun lalu.

Mohd Jafni berkata, penyamar ejen perumahan itu menjanjikan 19 mangsa untuk memiliki RMMJ dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pembayaran deposit antara RM500 hingga RM5,000 terhadap mangsa yang dikenali menerusi rakan terdekat.

-Harian Metro

Tags: Kes Tipu RMMJpolissiasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd