• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung

oleh AK-47
02/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jurulatih Tampar Pemain Remaja Perempuan Digantung
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pihaknya juga telah mengambil langkah menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut dengan serta-merta serta akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan berkenaan.

“Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan Mava,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular video memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemain remaja perempuan.

Insiden itu dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Dis lepas.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian itu tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat tindakan jurulatih itu.

Dia berkata laporan penuh berkenaan isu itu akan menyusul dan kementeriannya turut memohon saksi untuk tampil bagi memberi keterangan.

“Tekad mewujudkan sekolah selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter rasminya malam tadi.

-Malaysia Kini

Tags: digantungjurulatihTampar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Ambil Keterangan Lelaki Tampar Murid Tahun Satu

Polis Ambil Keterangan Lelaki Tampar Murid Tahun Satu

22/03/2025
0

Johor Bahru: Polis sudah mengambil keterangan lelaki yang didakwa menampar seorang murid Tahun Satu sehingga terhantuk di dinding baru-baru ini....

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

24/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menampar dan mengetuk dahi seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd