• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

B40 Paling Terkesan Nikmati Bakul Rahmah Setiap Bulan

oleh Mohd Arshad
01/01/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
B40 Paling Terkesan Nikmati Bakul Rahmah Setiap Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Program Bakul Rahmah berkonsepkan kongsi rezeki bukan bersifat ‘one off’ sebaliknya bantuan diberikan kepada golongan B40 paling terkesan secara bulanan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Inisiatif terbaharu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu adalah bantuan berupa barangan keperluan asas antaranya minyak masak, tepung, gula dan beras.

Menteri, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata program itu membabitkan kerjasama dengan beberapa pemain industri peruncitan.

“Sebagai produk dan jenama baharu kementerian, Bakul Rahmah iaitu bakul kasih sayang, fokus kita adalah kepada golongan B40 paling bawah sekali, seperti keluarga yang ada pesakit kronik, ibu tunggal dan mereka yang benar-benar memerlukan.

“Ia membabitkan beberapa program yang akan saya bincang secara teliti dengan pemegang taruh seperti Speedmart, Mydin, NSK, Giant yang semua mereka ini ada program kebajikan tersendiri yang akan saya selaraskan,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan pemain industri peruncitan bagi menjayakan inisiatif baharu untuk membantu rakyat memerlukan.

Inisiatif itu dikenali sebagai Bakul Rahmah khusus untuk membantu masyarakat membabitkan golongan B40.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, program terbabit lebih kepada konsep tanggungjawab sosial korporat dan ia tidak membabitkan implikasi kewangan kerajaan.

“Ini sama seperti konsep kongsi rezeki, yang senang kongsi rezeki dengan yang susah. Walaupun sedikit, ini adalah semangat untuk kita mendepani isu kos sara hidup, walaupun kecil, sangat bermakna kepada golongan ini.

“Saya akan cuba melancarkan program ini sebelum tempoh 100 hari saya memasuki pejabat,” katanya.

-Berita Harian

Tags: B40Bakul Rahmah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

Syor Subsidi Bersasar Beras Untuk B40

07/05/2024
0

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih kekal pada kadar RM2.60 sekilogram (kg). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd