• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Individu Islam Ditahan Kerana Minum Arak

oleh AK-47
30/12/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
50 Individu Islam Ditahan Kerana Minum Arak
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seramai 50 individu ditahan atas pelbagai kesalahan syariah dalam Operasi Bersepadu Pusat Hiburan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sembilan premis di sekitar ibu kota ini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

DBKL dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama agensi lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi itu dijalankan di Taman Shamelin, Taman Maluri, Jalan Metro Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 malam kelmarin hingga 3.30 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan terhadap pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan serta warga asing di sembilan premis berkenaan membawa kepada penahanan 26 lelaki dan 24 wanita oleh pihak Jawi.

“Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan syariah berkaitan minum minuman yang memabukkan,” katanya.

Menurutnya, pihak Jawi juga mengeluarkan 50 Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama Islam untuk hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan, pihak AADK menahan seorang pengunjung untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

“Pihak DBKL turut membuat tindakan penutupan serta-merta terhadap empat premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 17 Akta Hiburan 1992,” katanya.

Katanya, tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) akta sama kerana mengadakan aktiviti hiburan tanpa kebenaran.

“Tiga notis kompaun turut dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 atas kesalahan melantik pembantu tanpa kebenaran dan UUK Iklan (WPKL) 1982 kerana mempamer iklan tanpa kebenaran.

“Kami turut menyita 31 barangan merangkumi pelbagai peralatan muzik dan premis membabitkan empat premis yang ditutup berkenaan.

“Ia termasuk kondom, televisyen, kamera litar tertutup (CCTV), komputer riba, mikrofon dan alat pembesar suara,” katanya.

Katanya, barang sitaan itu dihantar ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

“Kerjasama tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Minum ArakTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd