• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mayat Tanpa Identiti Tiada Kaitan Zalina

oleh Mohd Arshad
28/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kes Mayat Tanpa Identiti Tiada Kaitan Zalina
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kes penemuan mayat tanpa identiti di seluruh negara setakat ini didapati tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama rapat dengan semua kontinjen negeri bagi mengenalpasti identiti mayat individu termasuk penelitian itu melibatkan analisa asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Zalina oleh Jabatan Kimia yang diperoleh polis sebelum ini.

“Selain Selangor dan Kuala Lumpur, ia turut meliputi kes penemuan mayat di negeri-negeri lain.

“Namun, pemeriksaan kita sehingga kini mendapati semua mayat itu tidak mempunyai kaitan atau hubung kait dengan Zalina,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, pihaknya belum menemui sebarang petunjuk baharu mengenai kes berkenaan.

“Siasatan bagaimanapun masih tetap diteruskan dan diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang. Sebarang maklumat baharu kes itu yang diperoleh akan dimaklumkan kelak,” ujarnya.

Tambah beliau, polis turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.

Pada 6 September lalu, Kosmo/ Utusan Malaysia melaporkan pemeriksaan polis di rumah Zalina di Seksyen 3 di sini, tidak menemui petunjuk baharu kes kehilangan wanita itu.

Zalina, 58, dikatakan ada menemui rakannya pada Julai tahun lalu sebelum dilaporkan hilang sehingga kini susulan keterangan diambil daripada kenalan berusia 30-an itu yang juga individu terakhir bertemu dengan wanita tersebut.

Kehilangan Zalina yang dilaporkan anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu masih kekal menjadi misteri.

Polis sebelum ini mendedahkan keyakinan bahawa wanita itu masih berada di Malaysia susulan tiada pergerakan keluar dikesan pihak berkuasa.

Zalina turut sempat melakukan pengubahsuaian rumah kira-kira RM260,000 dengan pembayaran terakhir pada Ogos tahun lalu sebelum menghentikannya kerana faktor kewangan.

-Utusan Online

Tags: Kes Mayat Tanpa IdentitiMayat Tanpa IdentitiZalina Shaharah Azman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd