• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Meningkat 248.1 Peratus Di Pulau Pinang

oleh Mohd Arshad
21/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Denggi Meningkat 248.1 Peratus Di Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Pulau Pinang merekodkan sejumlah 1,347 kes demam denggi dengan satu kematian dari awal tahun ini sehingga 17 Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Ma’arof Sudin, berkata jumlah itu menunjukkan kadar peningkatan sebanyak 248.1 peratus berbanding tempoh sama pada 2021 iaitu sebanyak 387 kes.

“Kejadian wabak denggi yang dilaporkan bulan ini sehingga 17 Disember lalu adalah sebanyak 124 wabak, berbanding dengan sembilan wabak pada tempoh sama pada 2021.

“Daripada 124 wabak denggi yang dilaporkan, 94 daripada wabak itu sudah tamat, manakala 30 lagi masih aktif,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dr Ma’arof berkata, jumlah kes pada tahun ini bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik COVID-19 iaitu menurun sebanyak 66.8 peratus daripada 4,061 kes pada 2019.

Beliau berkata, aktiviti pencegahan dipertingkatkan di lokaliti keutamaan dan berisiko di seluruh negeri itu.

Katanya, langkah itu meliputi aktiviti kawalan vektor membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan, selain menjalankan pendidikan kesihatan untuk setiap kejadian kes atau wabak.

Selain itu, beliau berkata, setakat ini, sebanyak 484,640 premis diperiksa dan 905 kompaun bernilai RM452,500 dikeluarkan kepada pemilik premis yang mempunyai tempat pembiakan Aedes.

“Kompaun ini dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 (Akta 154),” katanya.

BHonline-

Tags: Kes DenggimeningkatPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor  RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

Alhamdulillah Kutipan Zakat Negeri Johor RM449 Juta, 435 Ketua Kampung Dilantik Amil Agihan – Mohd Fared

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyandang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid melahirkan rasa syukur kutipan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd