• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Rakaman Langsung Dari Udara Dipertontonkan Kepada Media

oleh AK-47
20/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tanah Runtuh: Rakaman Langsung Dari Udara Dipertontonkan Kepada Media
Share on FacebookShare on Twitter

Hulu Selangor : Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kalinya mempertontonkan situasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, di sini, secara langsung kepada media, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Situasi berkenaan dirakam Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman, selama dua sesi diketuai Asisten Superintendan Nitas Camillus dengan setiap satu sesi mengambil masa selama 45 minit.

Berdasarkan situasi kejadian rakaman menunjukkan kerja pengorekan tanah membabitkan pelbagai jenis jentera berat sedang dilaksanakan sekitar 5 petang tadi.

Dapat dilihat juga puluhan penyelamat dari pelbagai agensi pasukan keselamatan terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Smart melakukan operasi pencarian baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Rakaman langsung itu turut memaparkan kerja pencarian tertumpu di semua sektor membabitkan Hillview (sektor A) Farmview (sektor B) dan Riverside (sektor C).

Dapat dilihat juga sebahagian besar dari ketiga-tiga sektor ini berisiko apabila keadaan tanah masih lembut dan basah akibat adanya pergerakan air selepas hujan lebat malam kelmarin.

Setakat ini operasi SAR masih berlangsung dengan kekuatan membabitkan 315 pegawai dan anggota.

-Harian Metro

Tags: Rakaman Langsungtanah runtuhTragedi Batang Kali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd