• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Jadi Pembangkang Berwibawa, Pastikan Semak Imbang Kerajaan

oleh Mohd Arshad
19/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Jadi Pembangkang Berwibawa, Pastikan Semak Imbang Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) mengulangi pendiriannya untuk berperanan sebagai pembangkang berwibawa dalam membawa suara rakyat ke Parlimen, selain memikul tugas semak dan imbang terhadap kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi memastikan tadbir urus kerajaan sentiasa berintegriti dan bebas daripada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

“Ini selaras prinsip prihatin, bersih dan stabil yang diperjuangkan PN.

“Pada masa sama, PN akan terus komited untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin serta demokrasi terus subur di negara ini,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Seramai 74 Ahli Parlimen PN hari ini buat pertama kali menghadiri sidang Dewan Rakyat sebagai pembangkang, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15 menyaksikan tiada mana-mana parti memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan sebelum Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sawarak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN) bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengucapkan tahniah kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul kerana dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau, sebelum ini.

-Berita Harian

Tags: Pembangkang BerwibawaPNSemak Imbang Kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

Bersatu Tetap Guna Logo PN, Bersatu Pengasas PN – Ahmad Faizal

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd