• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Nafi Guna Dana Judi – Hamzah

oleh Mohd Arshad
19/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Nafi Guna Dana Judi – Hamzah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menafikan tuduhan bahawa gabungan tersebut menerima dana politik daripada hasil perjudian ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak mengeluarkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebelum ini.

Katanya, jika benar berlaku sebarang pelanggaran, siasatan perlu dibuat terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Tambun (Anwar) anda sekarang adalah Perdana Menteri bukan lagi Ketua Pembangkang yang Ketua Pembangkangnya adalah saya sekarang.

“Jangan buat tuduhan semberono, tiada lagi laporan palsu daripada anda. Ini harapan daripada rakyat, semua rakyat sedar PN mempunyai sokongan besar iaitu 74 ahli parlimen yang diberikan kepercayaan dan sokongan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pembahasan Usul Undi Percaya Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Hamzah lagi, Menteri Kewangan ketika itu adalah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkuasa penuh terhadap lesen perjudian dan Anwar sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada beliau.

“Kami bersedia menjadi pembangkang yang berwibawa dan bersedia mengambil alih kerajaan apabila tiba masanya nanti,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Dana JudiHamzah ZainudinnafiPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd