• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Lumpur: Laluan Kontra Diaktifkan Di LPT2

oleh AK-47
18/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Lumpur: Laluan Kontra Diaktifkan Di LPT2
Share on FacebookShare on Twitter

Laluan kontra sedang diaktifkan antara Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6 arah utara menghala ke Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) berikutan kejadian banjir lumpur di KM393 pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

LPT2 Sdn Bhd dalam kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan pihaknya sedang memantau situasi di lokasi terbabit dan menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan atau menangguhkan perjalanan sementara waktu.

Kenyataan itu juga meminta agar semua pemandu yang melalui kawasan tersebut mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh kakitangan lebuh raya itu.

“Untuk maklumat trafik terkini di LPT 2, pengguna boleh menghubungi talian hotline di 1800-88-0220, melalui Twitter @LPT2trafik, papan tanda mesej elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya atau menerusi pengumuman trafik semasa melalui stesen-stesen radio utama.

“LPT 2 mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmeera Hassan dilaporkan berkata kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai berpunca daripada limpahan air cerun berhampiran lokasi berkenaan.

Kejadian banjir kilat yang tular menerusi media sosial sejak pagi tadi itu surut sekitar 12.30 tengah hari tadi dan tiada kemalangan atau kejadian tidak diingini berlaku disebabkan insiden tersebut.

-Malaysia Kini

Tags: Banjir LumpurLaluan KontraLPT2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

LPT 2 Mula Sesak Dengan Perantau Pulang Beraya

20/04/2023
0

KUALA NERUS – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) mulai sesak dengan kenderaan mulai hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd