• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Mahu Kurangkan Birokrasi Guru, Murid Dan Kementerian

oleh Mohd Arshad
15/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
KPM Mahu Kurangkan Birokrasi Guru, Murid Dan Kementerian
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama terutama bagi mengemudi sistem pendidikan negara dalam Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia termasuk menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.

Beliau berkata, bagi mengurangkan kesenjangan birokrasi dalam urusan guru dan murid maka aduan, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukakan terus melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan KPM termasuk Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), AduBuli dan Kaunter Khidmat Pelanggan.

“Saya akan memastikan laporan berkaitan akan diambil tindakan,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, teras kedua pula akan memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

Ujar beliau, penekanan itu penting bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme.

“Teras ketiga pula akan memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multi dimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.

“Saya akan bekerjasama rapat dengan kementerian yang berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar,” katanya.

Fadhlina berkata, teras keempat adalah memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan.

“Kelima pula akan memberi fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.

“Oleh itu, saya akan memastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya dan memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh guru disebabkan beban tugas dan berjauhan daripada pasangan.

Jelasnya lagi, teras keenam akan memberi tumpuan kepada usaha mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Manakala, teras ketujuh pula meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah termasuk mengadakan libat urus bersama agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM.

“Saya akan mengarahkan KSU untuk melihat perkara ini. KPM akan mengemukakan cadangan yang bersesuaian untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya.

Kosmo-

Tags: birokrasi guruFadhlina SidekKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan...

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd