• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Ezam Timbalan Pengerusi PRM Yang Baharu

oleh AK-47
14/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Mohamad Ezam Timbalan Pengerusi PRM Yang Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) apabila Tan Chow Kang telah meletak jawatan pada 11 Disember.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut kenyataan Ketua Penerangan PRM, Tan Kang Yap, bagaimanapun, Chow Kang masih lagi mengekalkan jawatannya sebagai ahli jawatankuasa pusat (AJKP).

“Pada masa yang sama beliau (Chow Kang) mencadang agar Mohamad Ezam menggantikan jawatannya. Cadangan ini mendapat kelulusan sebulat suara daripada semua AJKP yang menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya pada Rabu.

Berdasarkan pengalaman, Kang Yap berkata, Chow Kang telah lama berkecimpung dalam politik dan pernah menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam serta dilantik sebagai exco Kedah memegang portfolio Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina.

Sementara itu, tambahnya, Mohamad Ezam pula merupakan antara individu yang menerajui gerakan reformasi ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Mohamad Ezam juga pernah memegang jawatan Pengerusi Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Petaling Jaya,” ujarnya.

Menurut Kang Yap, Chow Kang semasa memberi penjelasan kepada pengerusi dan semua AJKP berkata, beliau secara rela meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada yang berkaliber.

“Tidak lain daripada mengharap Mohamad Ezam mengguna pakai pengalaman dan kebolehan kepimpinannya, dapat membawa parti ke tahap yang lebih tinggi serta lebih jauh,” ujar Chow Kang.

Jelas Kang Yap, dengan pelantikan itu dan presiden dari kaum Melayu, lagi menonjolkan keadaan sebenar arena politik Malaysia pelbagai kaum yang didominasi kaum Melayu.

-Sinar Harian

Tags: Mohamad EzamPRMTimbalan Pengerusi PRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: PRM Tanding 15 Kerusi DUN Pulau Pinang

PRN: PRM Tanding 15 Kerusi DUN Pulau Pinang

13/03/2023
0

GEORGE TOWN : Parti Rakyat Malaysia (PRM) akan bertanding 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd