• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Merah, Biru Bas Go KL Ditambah Baik Mulai 1 Okt

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai 1 Okt, perkhidmatan bas bandar GO KL bagi Laluan Merah dan Laluan Biru akan ditambah baik untuk meningkatkan kadar penggunaan ke tahap optimum.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini, penambahbaikan itu merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, tambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL.

Ia akan menyaksikan kedua-dua laluan bermula dan berakhir di Terminal Bas Jalan Tun Razak yang mempunyai integrasi perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti Monorel, LRT laluan Ampang dan bas ekspres.

Menurut SPAD, empat hentian baharu akan diperkenalkan bagi Laluan Merah (Terminal Bas Jalan Tun Razak-KL Sentral) iaitu Terminal Bas Jalan Tun Razak, Hospital Damai, Chow Kit (Jalan Ipoh) dan Hotel Grand Seasons.

Dua hentian sedia ada iaitu di Wisma Sime Darby dan Maju Junction tidak akan lagi beroperasi dan sebagai alternatif, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan di Puteri Park Hotel dan Kompleks Pertama.

Bagi Laluan Biru (Terminal Bas Jalan Tun Razak-Bukit Bintang), 10 hentian baharu diperkenalkan iaitu Terminal Bas Jalan Tun Razak, Hospital Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan Perubatan, Masjid Kampung Baru, Sekolah Khas Kampung Baru, Bukit Nanas, LRT Dang Wangi, Puteri Park Hotel, Chow Kit dan Hotel Grand Seasons.

Tujuh hentian sedia ada akan dihentikan operasi iaitu di Menara Uni Asia, Monorel Medan Tunku, Kompleks Campbell, Maju Junction, Wisma MPL, The Weld dan Sogo.

Sebagai alternatif, pengguna hentian berkenaan boleh mendapatkan perkhidmatan di Medan Mara, Hotel Concorde, Wisma Boustead dan Menara Hap Seng. – BERNAMA

Tags: basSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd