• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Mahu Selesai Segera Isu 5G – Fahmi

oleh AK-47
14/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Kerajaan Mahu Selesai Segera Isu 5G – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Semua pihak perlu menunggu keputusan Jemaah Menteri berhubung hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB), demikian menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, kementeriannya dan Kementerian Kewangan telah membincangkan pelaksanaan projek tersebut dalam mesyuarat semalam dalam usaha mencari penyelesaian segera.

“Kita masih perlu selesaikan segera supaya rakyat, sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menggunakan infrastruktur ini yang akan membantu melonjakkan aktiviti perniagaan industri atau kehidupan seharian,” katanya dalam temu bual Bicara Naratif bertajuk ‘Membina Naratif Baharu’ terbitan Berita RTM di Angkasapuri, malam tadi.

Mengakui tidak dapat menyelesaikan dalam sekelip mata, namun Fahmi yakin isu 5G perlu diselesaikan segera sebelum melangkah ke era rangkaian 6G yang menurutnya masih awal bagi Malaysia.

DNB, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan untuk membangunkan teknologi 5G, komited mempercepat jadual melancarkan liputan 5G kepada 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024.

Sementara itu, Fahmi. yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meminta barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mengutamakan penyelesaian terhadap masalah rakyat berbanding fokus terhadap jenama atau slogan baharu bagi setiap kementerian.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan kesedaran bahawa rakyat tidak lagi dahagakan barisan kepimpinan yang berfokuskan retorik semata-mata, malah mahukan kerajaan yang mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

“Orang tidak mahu dengar retorik dan slogan. Malah itu teguran perdana menteri, beliau kata janganlah kita ada jenama baharu. Kita fokus untuk selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Dalam program berdurasi satu jam itu, Fahmi juga memaklumkan akronim yang akan digunakan bagi Kementerian Komunikasi dan Digital kini adalah KKD.

Sebelum ini, kementerian tersebut dikenali sebagai K-KOMM iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

-Harian Metro

Tags: Fahmi FadzilIsu 5GKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd