• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangladesh Gantung Bendera Malaysia Terbalik Minta Maaf

oleh AK-47
13/12/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Bangladesh Gantung Bendera Malaysia Terbalik Minta Maaf
Share on FacebookShare on Twitter

Klang : Lelaki warga Bangladesh yang menggantung bendera Malaysia terbalik di luar sebuah flat, dihukum denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hukuman diputuskan Majistret P Sarulatha selepas tertuduh, Hosin Ab Diplap, 27, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Hosin didakwa dengan sengaja mencetuskan kemarahan awam melalui tindakannya itu yang dilakukan pada 12.40 tengah hari, 26 November lalu.

Dia yang bekerja sebagai operator kilang plastik di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Bukit Raja dan pendakwaan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan tindakannya yang tidak menghormati Malaysia.

Jelasnya, hukuman berkenaan adalah bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh.

Sementara itu, Hosin yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada Malaysia atas tindakannya, malah lelaki itu turut menyatakan dia suka dan sayangkan negara ini.

Media pada 27 November lalu, melaporkan seorang lelaki Bangladesh ditahan polis kerana memasang Jalur Gemilang terbalik di luar kediamannya.

Tindakan biadab lelaki itu turut ditegur Pengerusi Komuniti pangsapuri berkenaan namun dia didakwa masih berdegil dan enggan menurunkan bendera terbalik itu yang menyebabkan penduduk membuat laporan polis.

-Harian Metro

Tags: bendera malaysiaLelaki Bangladesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bangladesh Ditahan Disyaki Cabul Pelajar Dalam Bas

Lelaki Bangladesh Ditahan Disyaki Cabul Pelajar Dalam Bas

24/05/2025
0

ALOR GAJAH - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas disyaki mencabul seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dalam sebuah bas...

Polis Buru Lelaki Bangladesh, Langgar Maut Penunggang Motosikal

Polis Buru Lelaki Bangladesh, Langgar Maut Penunggang Motosikal

04/02/2023
0

KUALA SELANGOR : Polis giat memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd