• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima ADUN PH Melaka Kini Wakil Rakyat Kerajaan

oleh Mohd Arshad
13/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Lima ADUN PH Melaka Kini Wakil Rakyat Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Pakatan Harapan (PH) Melaka hari ini mengesahkan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Barisan Nasional (BN) di negeri ini selaras dengan perkembangan politik semasa di peringkat Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini bermakna lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dahulunya berada dalam blok pembangkang bersama dua lagi ADUN Perikatan Nasional (PN), kini bertukar posisi ke blok kerajaan.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, hasil pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah mencapai kata sepakat untuk mengangkat semangat Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Jelas beliau, perbincangan bersama BN Melaka juga telah memberi ruang kepada lima ADUN PH untuk duduk di blok kerajaan dalam Sidang DUN yang bermula semalam.

“Ini dapat dilihat menerusi perubahan kedudukan susunan ADUN dalam dewan serta pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu. Secara tidak langsung semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan turut dibawa di Melaka.

“Kerajaan ini (Melaka) adalah Kerajaan Perpaduan. Dalam tempoh yang singkat banyak penarikan yang kita buat, tapi saya yakin bahawa hasrat untuk memastikan kerajaan stabil dan melaksanakan pelbagai program yang berkaitan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, semangat kerjasama antara BN dengan PH di peringkat Persekutuan melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), akan direalisasikan di Melaka.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, setakat ini bentuk kerjasama itu belum diputuskan kerana perlu mendapat panduan daripada kepemimpinan tertinggi parti.

Mengulas lanjut, Adly berkata, kerjasama yang baharu dibentuk itu diharap dapat diterjemahkan dengan semangat yang lebih baik pada masa depan.

Tambah Ahli Parlimen Alor Gajah itu, kerajaan negeri yang amat stabil berjaya dibentuk di Melaka kerana kini terdapat 26 daripada 28 ADUN di blok kerajaan.

Selain Adly yang juga ADUN Bukit Katil, empat lagi wakil rakyat PH ialah ADUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee dan ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.

Blok pembangkang sekarang hanya diwakili dua wakil rakyat PN iaitu ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof.

-Utusan Online

Tags: ADUN PHWakil Rakyat Kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

7 Adun PH Cadang Wujudkan Kerajaan Perpaduan Di Sabah

7 Adun PH Cadang Wujudkan Kerajaan Perpaduan Di Sabah

07/01/2023
0

Pakatan Harapan (PH) Sabah menyarankan agar satu kerajaan perpaduan dibentuk di negeri itu sebagai jalan menyelesaikan kemelut politik yang melanda...

ADUN PH Mahu Jadi Rakan Pentadbiran Johor

13/03/2022
0

BATU PAHAT : Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan terus menjadi 'pembangkang' apabila kerajaan negeri ditubuhkan, sebaliknya turut berperanan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd