• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Thai Bunuh 15 Individu Disyaki Penyeludup Dadah

oleh Mohd Arshad
08/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Tentera Thai Bunuh 15 Individu Disyaki Penyeludup Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pasukan tentera Thai membunuh 15 orang yang disyaki penyeludup dadah ketika mereka cuba menyeberang masuk ke utara Thailand, kata beberapa pegawai tentera hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pertempuran berlaku dekat ‘Segi Tiga Emas’ di mana sempadan Thailand, Myanmar dan Laos bertemu. Kawasan itu sudah lama menjadi lubuk penyeludupan narkotik walaupun operasi pembanterasan berulang kali dilancarkan.

Askar-askar yang meronda di wilayah Chiang Mai, utara Thailand, terserempak dengan 20 orang yang berjalan kaki dari arah Myanmar, kata seorang pegawai daripada Pasukan Tindakan Pha Muang yang mengawasi enam wilayah sempadan.

“Individu dalam kumpulan itu melepaskan tembakan apabila mereka diarah berhenti untuk pemeriksaan, manakala anggota-anggota tentera melepaskan tembakan balas, menyebabkan 15 orang terbunuh,” kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, sebanyak 30 guni berisi dadah turut ditemui di lokasi kejadian.

“Kami melakukan pemeriksaan awal dan mendapati dadah berkenaan adalah ice,” kata seorang pegawai tentera tempatan pula.

Ice adalah nama jalanan untuk methamphetamine. Ia merupakan dadah yang dihasilkan di Myanmar dan dihantar menerusi Thailand serta Laos untuk dieksport ke negara-negara Asia lain.

Kosmo-

Tags: penyeludup dadahTentera ThaiThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd