• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Rumah Bebas Hukuman Mati

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Seorang wanita warga Indonesia selamat tiba di tanah air, kelmarin apabila dia terlepas hukuman mati di Jeddah, Arab Saudi.

Lilik Masoud sebelum ini berdepan hukuman rejam hingga mati selepas didakwa berzina dan membunuh seorang rakan senegaranya.

Kementerian Luar Indonesia dalam satu kenyataan berkata, Lilik dihantar kembali kepada keluarganya di Banyuwangi, Jawa Timur.

“Lilik ditangkap pada 2008 di Jeddah kerana dituduh berzina dengan seorang lelaki warga Bangladesh dan bersubahat membunuh rakan senegaranya yang dikenali sebagai Aisyah,” kata kenyataan itu.

Kerajaan memberi bantuan kepada Lilik melalui Konsulat Besar Indonesia di Jeddah termasuk menyediakan seorang peguam.

“Peguam berjaya membuktikan Lilik tidak terbabit dalam pembunuhan Aisyah.

“Peguam juga membuktikan Lilik sudah berkahwin dengan lelaki Bangladesh berkenaan, sekali gus terlepas tuduhan zina,” jelasnya.

Perbicaraan itu berakhir pada Oktober tahun lalu dan mahkamah membebaskan Lilik daripada hukuman mati.

Bagaimanapun, Lilik tetap dihukum penjara dan 500 kali sebatan atas kesalahan berkahwin siri.

Selepas hukuman selesai, kerajaan segera memulakan proses penghantaran pulang wanita itu.

Sepanjang tahun ini kerajaan berjaya menyelamatkan seramai 22 wanita Indonesia yang berdepan hukuman mati di seluruh dunia. – Agensi/myMetro Online

 

Tags: hukuman matipembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd