• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasai Pengalaman Gempa Bumi Di Tokyo

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasai pengalaman gempa bumi secara langsung semasa lawatan beliau di sini hari ini.

Najib sedang menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri di aras 4 Palace Hotel apabila gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Tokyo dan kawasan sekitar pada 2.28 petang (1.28 petang di Malaysia).

Siren hotel berbunyi manakala telefon bimbit mereka yang hadir turut membingar apabila gegaran itu dirasai selama 30 saat.

Najib, yang kelihatan tidak terganggu dengan keadaan itu, terus mendengar ucapan Presiden Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia, Mikio Sasaki dengan kakitangan keselamatan dan hotel bergegas keluar untuk menyiasat.

Dalam catatan di laman Twitternya, perdana menteri berkata: “Rasa gegaran, lantai, lampu bergerak. Apapun semua tenang, Alhamdulillah.”

Operasi kereta api bawah tanah terhenti sekejap manakala ramai orang keluar dari bangunan tinggi.

Seorang wanita tempatan yang juga kakitangan di Kedutaan Malaysia di sini berkata pengalaman gempa bumi ini merupakan kali pertama dirasainya tahun ini.

“Selepas gempa bumi besar pada 2011, kami merasai beberapa gegaran namun ini kali pertama tahun ini,” katanya.

Menurut laporan tempatan, gempa bumi itu melanda pada 2:28 petang waktu tempatan pada kedalaman 50km.

Gempa bumi itu berpusat di Ibaraki Prefecture, wilayah Kanto di pulau utama Honshu, kira-kira 34km dari sini.

Pihak berkuasa juga menutup kedua-dua landasan di lapangan terbang antarabangsa Narita di sini. – BERNAMA

Tags: gempa bumiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd