• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Beras, Ambulans Percuma Antara Janji Calon BN Arau

oleh Mohd Arshad
18/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Beras, Ambulans Percuma Antara Janji Calon BN Arau
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Sumbangan 100 kilogram beras kepada pengantin baharu dan menyediakan pinjaman peralatan sokongan pesakit kronik serta perkhidmatan ambulans secara percuma antara 15 inisiatif menarik yang ditawarkan BN kepada penduduk Arau.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Calon BN Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, ‘Arau Baru’ adalah pelan lima tahun merangkumi aspek ekonomi, pendidikan dan sosial yang dilihat mampu menjana pembangunan kawasan berkenaan.

“Terdapat tujuh inisiatif pemerkasaan sosial antaranya membuka pusat e-sukan bagi membimbing jaguh-jaguh kampung ke peringkat yang lebih tinggi dan pada masa sama, kemudahan sukan sedia ada serta sukan kegemaran ramai akan terus diperkasakan.

“Inisiatif lain adalah pemberian 100 kilogram beras percuma kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan pertama, membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan mengikut kemahiran dan menganjurkan program sijil kemahiran asas kepada belia yang menganggur.

“Selain itu, kita juga mahu menyediakan pinjaman peralatan sokongan pesakit kronik serta perkhidmatan ambulans secara percuma kepada seluruh keluarga Arau yang memerlukan serta mempertingkatkan capaian internet dalam kawasan ini,” katanya pada Jumaat.

Rozabil yang mesra dipanggil Tok Ben memberitahu, terdapat lima inisiatif penjanaan ekonomi antaranya mempromosikan Arau sebagai destinasi pelancongan dan membina ‘motorhome park’ serta memberikan penarafan bintang kepada inap desa di kawasan Parlimen tersebut.

“Turut disentuh adalah menjenamakan produk yang dibuat oleh pengusaha IKS (industri kecil dan sederhana) di Arau dengan jenama ‘Best From Arau’. Semua pengusaha yang terlibat akan dibantu dari aspek teknologi pembungkusan, pemasaran dan juga penjenamaan.

“Kita juga mahu memperkasa dan membantu peniaga kecil serta pengusaha IKS terutamanya golongan wanita.

“Selain itu, kita juga mahu meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi pertanian serta membantu ‘start up company’ bagi padanan perniagaan sebagai langkah mengurangkan penduduk Perlis berhijrah,” ujarnya.

Menurut Rozabil, pihaknya merancang untuk menubuhkan ‘Arau Student Excellect Center’ serta menyediakan tuisyen bagi pelajar kelas peperiksaan.

“inisiatif lain dalam segmen pendidikan adalah kelas mengaji percuma kepada semua peringkat umur serta menganjurkan program ‘Education On Wheel’ untuk menambahkan lagi keseronokan belajar dalam kalangan murid prasekolah, rendah dan menengah,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: AmbulansArauberasBNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd