• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PN-BN Tidak Akan Berlaku Lagi, Kata Hadi

oleh AK-47
18/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kerjasama PN-BN Tidak Akan Berlaku Lagi, Kata Hadi
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kerjasama dengan BN tidak akan berlaku sama sekali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia yang juga adalah presiden PAS berkata, PN akan berusaha untuk mendapatkan majoriti kerusi di Parlimen pada hari penentuan esok.

“Dasar kita, kita tidak akan bersama dengan parti yang agresif, yang ekstrem seperti Pakatan Harapan dan parti yang tidak bersih daripada rasuah.

“Kita tidak buat rasuah dan kita tidak akan ikut (perbuatan itu),” katanya yang dipetik Bernama.

Dia sebelum itu menghadiri program Jelajah PN Best Grand Finale PRU15 di Padang Astaka dekat Chukai malam tadi.

Media sebelum ini memetik Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang menyatakan kemungkinan PN membentuk kerajaan persekutuan dengan BN jika gagal memenangi kerusi mencukupi pada 19 Nov ini.

Katanya, dia yakin PN dapat membentuk kerajaan persekutuan sama ada secara sendirian atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN.

Susulan kenyataan itu Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menyanggahnya dan berkata dia tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, untuk bertindak sedemikian.

Hadi kemudiannya dilaporkan berkata PAS rela menjadi pembangkang jika PN gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada PRU15 ini.

Pada ceramahnya, malam tadi, Hadi juga mengingatkan saf kepimpinan parti supaya tidak terlibat dengan sebarang provokasi.

Sebaliknya, dia menasihatkan mereka supaya mengambil pendekatan damai dalam menyampaikan mesej selaras dengan dasar ‘menerang dan bukannya menyerang.’

Katanya jika terdapat pemimpin yang dilihat agresif dan bertentangan dengan dasar tersebut, mereka akan disekat daripada menyampaikan sebarang mesej seperti ceramah dan akan dipantau.

“Itulah konsep dan prinsip yang kita bawa. Mana-mana kalangan kita yang mengambil pendekatan ‘menyerang,’ kita ‘gam.’ Hentikannya daripada berceramah.

“Tindakan itu ada, kita tidak mahu (perkara sedemikian) kerana PAS adalah parti demokratik dan aman sejak dahulu lagi.

“Kita hentikan dia berceramah termasuk menulis (di media sosial),” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: BNkerjasamaKerjasama PN-BNPNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd