• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Bendi RM20, KPDNKK Minta Penjelasan Kedai Nasi Kandar

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
Pekerja restoran Nasi Kandar Kayu di Bukit Jambul menunjukkan sepinggan bendi kepada anggota Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang yang membuat pemeriksaan di restoran itu. - Foto BERNAMA
Pekerja restoran Nasi Kandar Kayu di Bukit Jambul menunjukkan sepinggan bendi kepada anggota Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang yang membuat pemeriksaan di restoran itu. – Foto BERNAMA

GEORGETOWN – Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul di sini diberi notis untuk penjelasan berhubung isu lima biji bendi yang didakwa dijual dengan harga RM20.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang Chin Ching Chung berkata notis itu dikeluarkan semasa pemeriksaan di restoran berkenaan pada pukul 11 pagi ini.

Salinan bil yang viral di media sosial ini, didakwa restoran Nasi Kandar terbabit sebagai kesilapan teknikal.
Salinan bil yang viral di media sosial ini, didakwa restoran Nasi Kandar terbabit sebagai kesilapan teknikal.

“Pemeriksaan itu dijalankan selepas perkara berkenaan menjadi viral di laman sosial. Notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memberi peluang kepada peniaga untuk mengemukakan penjelasan dalam tempoh tiga hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil,” katanya.

Dimaklumkan ia adalah kesilapan teknikal dan jika benar pihak restoran perlu buktikan, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, jurucakap restoran itu menjelaskan sebiji bendi sebenarnya dijual pada harga 40 sen dan menyifatkan isu itu sebagai ‘salah faham’ kerana berlaku kesilapan teknikal di pihak juruwang.

Beliau berkata pihaknya telah meminta pelanggan berkenaan tampil membuat tuntutan bayaran balik menerusi laman Facebook namun, belum menerima sebarang maklum balas setakat ini. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd