• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Perlu Bantu Pelajar Kuasai Banyak Bahasa – Idris Jusoh

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Guru perlu membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa kaum utama di negara ini, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya kerajaan amat berharap peranan yang lebih profesional dimainkan oleh guru dalam memastikan pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil selain daripada Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yakin guru sebagai insan pembentuk masyarakat dapat melakukannya dengan pelbagai bantuan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara dalam beberapa tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Besut di Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Bukit Keluang di sini hari ini.

Menurutnya mengambil contoh negara Timur Leste sebagai sebuah negara yang baharu membangun tetapi dengan kesungguhan mereka rakyatnya boleh bertutur dalam lima jenis bahasa atas bantuan para guru mereka.

Idris berkata 23,000 guru akan mengikuti kursus bagi memantapkan pengajaran Bahasa Inggeris akhir tahun ini bagi memastikan pelajar mahir bertutur dalam bahasa berkenaan.

Idris berkata beberapa program tambahan seperti Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) yang dilaksanakan dengan bantuan 100 guru dari Amerika, program Penutur Jati yang disertai 360 pengajar luar negara dan Teach for Malaysia sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa tersebut.

Sebelum itu, dalam ucapannya pada majlis itu, Idris meminta para guru tidak hanya membekalkan para pelajar mereka dengan ilmu semata-mata malah ia perlu diiringi dengan kecemerlangan dalam akhlak.

“Gabungan ilmu dan akhlak akan pasti mewujudkan insan yang hebat dalam pelbagai bidang,” katanya.- BERNAMA

 

Tags: GuruIdris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd